by Brian Pedro Rizal Friday, 06 August 2010
Ramadhan hanya satu bulan yang membuka ruang tanpa sempada untuk kita mengukuhkan Iman dan taqwa. Inilah bulan ganjaran berlipat kali ganda yang dijanjikan Yang Maha Pencipta bagi setiap kebaikan yang dilakukan ummah yang diciptaNya.Menurut Presiden Usahanita Malaysia, Puan Hajjah Faridah A Jabar, Biro Agama & Kebajikan Usahanita Malaysia akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama 60 orang anak yatim dan 40 orang warga emas ibu tunggal di Concorde Hotel Shah Alam, Selangor pada 25hb. Ogos 2010 tanggal hari ke 15 Ramadhan.
Inilah sebaik-baik peluang untuk kita sama-sama menderma dan beramal dalam bulan yang mulia ini. Usahanita Malaysia mebantu mempermudahkan untuk anda membantu.
Anda para dermawan budiman dijemput menyumbang dan bersama-sama meraikan 60 orang anak yatim dan 40 orang warga emas (ibu tunggal) dimajlis ini. Sumbangan akan dapat membantu mengembirakan mereka yang kurang bernasib baik di bulan yang tersembunyi segala hikmat dan rahmat ini.
Sebarang pertanyaan, anda dipersilakan menghubungi Suraya Salleh-Setiausaha Agung Usahanita Malaysia, 019-6406555 atau emaikan kepada usahanita@yahoo.com
No comments:
Post a Comment